Thursday, September 16, 2010

KATA-KATA HATI

Ditakdirkan olehNya sebuah pertemuan,
Yang hadir dalam kehidupan,
Memenuhi ruang  hati setiap insan,
Di dalam redhaNya kita bertemu dan berkenalan,
Berputik rindu di hati yang amat mendalam,
Bersama tertanamnya benih kasih sayang,
Mekar menyinar seisi alam kehidupan,
Segar sentiasa di dalam ingatan walau dikau jauh dari pandangan,
Cinta yang ku lafaz bukanlah cinta gurauan,
Kasih yang ku damba bukanlah kasih igauan,
Seikhlas hati ku semaikan benih kasih sayang,
Moga kekal bersinar bersama keredhaan,
Kau umpama permata dicelahan ribuan kaca,
Sukar untukku membezakan kilauannya,
Namun kerana cintanya aku setia,
Akan ku tempuh segala dugaan dan ujianNya,
Namun siapa tahu rencana Ilahi,
Akanku cekalkan hati,
Menerima takdir Ilahi yang sudah pasti,
Tertulisnya ia sejak azali,
Hadirkanlah kasihmu sentiasa dalam hidupku,
Labuhkanlah hatimu di pelabuhan kasihku,
Kekal bersama ikatan yang penuh dengan keikhlasan,
Moga selamanya tetap dalam keimanan,
Tidakku dambakan kau menjadi putera impian,
Cukuplah sekadar kau hadir serikan taman,
Tidak pula aku inginkan mutiara di tengah lautan,
Cuma kuinginkan kasih sayangmu yang membangkitkan aku dari kesunyian,
Bulan tersenyum melihatmu,
Tapi aku menangis kerana aku rindukan kamu,
Bintang menari pabila terpandangmu,
Tapi aku tetap kebuntuan kerana aku cintakan kamu,
Ya Tuhan Ya Muhaimin,
Bantulah aku,
Bantulah hambamu ini,
Tetapkanlah kasihku padanya sentiasa di dalam redhaMu,
Tidakku impikan bahagia selamanya andai takdir bukan miliknya,
Leraikan aku dari pautan kesayuan dalam mendamba kasih sayangnya,
Agar aku tidak kesesatan mengharap pada yang tidak pasti,
Tabahkanlah hatiku agar aku sentiasa di bawah rahmatMu Ya Rabbul Izzati,
Doaku,moga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat,
Berjaya dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan
Yang sememangnya menguji kekuatan iman,
Tapak iman itulah yang akan menemukan cinta yang selama ini telah hilang,
Moga cinta itu tetapku temui,
Kerana ia sememangnya memedihkan hati,
Namun aku tetap mengharapkan moga kita sentiasa berada di bawah payung rahmat kasih Tuhan,
Akan ku tetap menanti kepulanganmu,
Namun aku akan pergi seandainya diri ini tidak diingini..



No comments:

Post a Comment