Ainna Munirah binti Adam Luqman bagaikan cacing kepanasan. Dingin malam tidak dapat meredakan keresahan yang melanda jiwanya pada malam itu. Semuanya bagaikan tidak tentu arah. Sejak peristiwa semalam, lenanya terganggu. Hatinya benar-benar terluka. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia pergi tinggalkan kenangan semalam. Pedih! Adakah ini kesudahan cerita aku dan dia, bentaknya di dalam hati. Namun jauh di sudut hati dia sedar bahawa percintaan di alam persekolahan memang hanya sia-sia dan tidak kemana. Ini semua hanya mainan perasaan yang seringkali membuatkan anak-anak sekolah lalai dan terus lalai hingga telah menjuruskan mereka ke dunia kegagalan. Namun Ainna sedar bahawa dia harus bangkit dari kisah 1001 duka ini. Dia tidak seharusnya melayan perasaan kecewanya hingga dia lupa akan kewajipannya sebagai seorang pelajar,kewajipannya sebagai anak dan juga kewajipannya sebagai hamba kepada Maha Pencipta.
“Ooi ! Asal saya dari tadi tengok awak macam tak senang duduk je?” tanya Hafidah yang sudah rimas melihat teman rapatnya itu asyik termundar-mandir di hadapannya.
“Ala awak ni, saya baru je nak layan perasan. Ganggu betullah,” ujar Ainna Munirah yang sengaja sembunyikan rasa hatinya dari dapat dihidu oleh teman rapatnya itu sambil tersenyum. Baginya biarlah dia saja yang tahu apa yang sudah berlaku.
“Awak ada masalah ya?” tanya Hafidah yang sudah kenal dengan sikap teman rapatnya itu. Mereka bagaikan sepasang kembar yang amat sukar untuk dipisahkan. Di antara mereka tiada rahsia. Hinggakan ada juga di kalangan pelajar sekolah mereka yang menggelarkan mereka kembar sama tetapi tidak serupa.
will be continued............(^__^)
No comments:
Post a Comment